Assalamualaikum & hello,
So kali ni jom kita ke Bangkok, yeayyy... Passport dah renew ke semua? Pssttt... yes, masa papa cakap we're going to Bangkok, I've that problem. Small matter je kan but boleh jadi reminder to all of you guys too. Dah namanya expired, I pun pergi la Jabatan Imigresen dengan papa. Tapi tak boleh renew sebab i/c kanak-kanak. Agak leceh sebab kena pergi buat i/c baru dulu kat JPN baru boleh proceed dengan passport. Sape yang belum renew i/c tu, bawak2 la bertobat. Haha. RENEW k. RM10 je.
p/s Kpd yang stay area Ampang, boleh pergi ke UTC Keramat Mall. Serious cakap, orang tak ramai pun.
Our short trip this time memang short. 3 days 2 nights. The themeS of this vacation were shop till drop, eat till vomit & sleep like a log. Wahaha heaven dowh! We all fly dengan Air Asia from klia2 and arrived at Don Mueang International Airport Bangkok. Nahh, sesat pulak. Kenapa sampai airport ni? Bukan BKK??? Hotel yang di-booked tu kat airport Suvarnabhumi. Tapi apa-apa pun, kami tetap excited. Tak caye? Sila lihat dibawah. Muahaha
Papa-Me-Kakak-Baby
Disebabkan hotel nun jauh disana, kami pun naik cab for about 1 hour. Kecek klate boh dreba cab tu. Haha so banyak jugak la boleh gali info. Siap belajar lagi haa basic Thai.
Sawa dee kha - selamat sejahtera (kalau laki cakap "khab", perempuan "kha")
Sabai di mai? - apa khabar?
Khob khun kha - terima kasih, mcm biasa "kha" merujuk pada penutur perempuan
Ahh rajin pulak I nak list kat sini kan. Haha korang boleh Google sendiri kan. Dai mai dai mai? =)
Sampai kat hotel, terus check in la kan nak buat apa lagi. Haha *lawakhambar* disitu. I jenis yang suka ambik gambar entah apa-apa. Masuk je bilik I terus ambik gambar. Haha kakak I dah macam "Mu ni bakpo dik ambik gambar toilet?" I pulak jenis yang #mudahterhibur lawaknya rasa soalan dia. Hmmm for me penting ambil gambar hotel adalah untuk review. Nanti kalau orang lain nak g Bangkok I can recommend. Right?
Novotel Bangkok Suvarnabhumi Airport - hotel ni sebelah airport Suvarnabhumi BKK. Boleh jalan kaki je dari airport tu. And diaorg ni connect dengan LRT. So kenapa book hotel ni bagus? Sebab boleh jalan-jalan naik train. #nampakdak permainannya disitu
Novotel Bangkok
So, here I have pictures of our two-connecting rooms
Room 1 King-sized bed
Room 2 Two single-sized bed
Lepas siap I ambik gambar, kitorang pun keluar gi makan (bunyi macam professional photographer tak? weee) Serious cakap, makanan halal tak mudah nak dapat. Kitorang makan kat Food Zone stesen LRT tu. Tomyam Seafood sebab seafood takyah sembelih. Muahaha semua orang tahu kot. Okay sedap la kan sebab Thai punya masakan kot. Hehe
Terkesima tengok jenis-jenis cendol dia. Perghhh apalagi, terus ambil gambar. Haha ada try tapi lupa nama dia sebab ada lebih 10 jenis desserts diorang boleh buat guna benda2 ni. Maunya nak ingat semua :'(
Okay, tengok buah-buahan dia pun boleh terkesima jugak. Cantiknya buah-buahan dia. Manis lain macam. Sedapnyaaaa emmm *telan airliur ke kak? =)
Phat Thai (macam kuey tiaw goreng gituh kot)
Bila perut masing-masing dah kenyang, terus start perjalanan first kami, naik train dari Suvarnabhumi ke Ratchaprarop. (Korang mengeja ke tu?) Suvarnabhumi tu ejaan je ada 'i' kat belakang, tapi sebutan Su-varna-phum. Jangan lupa lembutkan nada untuk menyebutnya. Kat Ratchaprarop ada Platinum Mall and kat area ni banyak kedai tepi jalan gitu jual macam-macam benda. Makanan, baju, bag, kasut, gadget-gadget murah, and tak lupa kepada kedai urut (orang panggil kedai ke?) / spa urut? massage? Pape jela tapi memang banyak kedai urut which lies next to each other. Kitorang semua mengurut kat satu kedai ni, best. Sebab nak pakai wifi. Pffttt....
Kami 3 beradik takkan terpisah hahaha lols sangat k
Papa masuk papa masuk, terus jadi gini. Apa kakak ngan adik I cuba nak buat? I really have no idea. Bila tengok balik gambar yang di-snap snap ni, hmm memang kelakar.
Kebetulan masa kitorg kat sana, Chinese New Year dah nak dekat and jatuh pada Valentine's Day. Memang ada Food Fiest la kat depan Platinum Mall tu. Makanan dia? Perghhhhh layan gambar2 ni zasss
Ice-cream tanduk? O.o
59 baht khaaa
(video dia buat ice-cream ni ada dalam instagram my lil sis @malinhishamuddin)
Telur sotong goreng berserta air lada
Tapau papa jangan tak tapau. Papa really loves this.
Okay lepas siap shopping kat Platinum Mall & makan-makan segala makneka ni, kitorang pergi massageee. Konon penat la jalan-jalan. Pffftttt lepas tu balik naik train and zzzzzzzzzzzzzzzz.
Second day, after breakfast roti canai cicah kari ayam kat tempat yang sama macam semalam, kitorang naik train lagi ke *takingatnama* sobs. Kat area Chatuchak Market. Okay kepada sesiapa yang nak gi Bangkok, sila google tempat ni and please pergi. It's 10 times bigger than Masjid India. I? Makan....
Nenas bukan sebarang nenas. Sedap sangat. Manis, sejuk, pedas. Arghh menitik air liur!
Kelapa aiskrim pun sedap. Gila la marketing orang sini. Perghh
Kerabu Maggi (serious cakap, this is the best kerabu I've ever had - walaupun kat Kelantan dah dapat yang sedap di kedai Siam, tapi ini luar biasaaaa!!!)
Okay, rasa macam dah malas menulis. Penat dah seminggu peram post ni. Lepas Chatuchak Market, kitorang naik tuk tuk ke Siam Paragon. Best!
Victory Monument - sempat snap gambar dalam train :-)
Baby
Kakak
Last dinner there...
Tomyam Kung, butter prawn, egg with oyster, sayur
Yummeh
Ready to go to Don Mueang Airport...
Goodbye Bangkok. I had a great vacay with my family there. Muah
Love,
Ina...
No comments:
Post a Comment