Monday 5 October 2015

Papa turns 49



It should have happened on October 3rd. Tapi memandangkan my two sisters kena balik universiti masing2 on that day, kami celebrate awal satu hari =)

It wasn't a plan actually.

We have ideas. Yes tiga2 beradik ada idea yang gempak2, best2 untuk suprise-kan papa. But I have to admit dalam banyak2 idea, idea Baby paling merepek. Hahaha. Kakak somehow macam just follow whatever plans that we suggested.

On the same day (noon), me and Baby discussed with Ming (aunt) about the surprise birthday party. Fortunately, Along (Ming's daughter) heard about it and proposed another good idea.

Hmm yeah, we did it just like Along's plan.

Masa tu papa tengah main golf kat KGSAAS, Shah Alam. Papa akan balik rumah dengan Kakak around pukul 8 malam. So tinggal aku dengan Baby je kat rumah. Around 6pm baru kitorang gerak dari rumah cari kedai kek. Cari area Melawati, kek tak jual sebiji jual slices je. Waze lagi cari Pistachio Bakery sampai ke Taman Permata. OMG can you imagine macam mana jalan masa tu? Jem sangat2 sampai rasa nak sapu kat roti. Hmm *lame* 

Tapi nasib baik lah bila sampai kedai tu, semua kek dia cantik2 and kami berdua sangat teruja memilih kek. Haha harga kek sangat murah dan saya jamin kesedapan keknya. Kami pilih kek yang paling simple dan kecil2 sahaja sebab tahu dah takde orang nak makan (lagipun semua balik U masing2 lepas ni). 

RM35 - Vanilla cake *simple and sedap

Lepas beli kek, kami straight ke Victoria Station Jalan Ampang. Mak aih... Menangis dalam kereta. Serious jam time tu. Kami pulak duk berdebar2 takut papa tak nak dinner, takut papa syak la apa la. Uwaaa... Sambil berdebar sambil tiup belon aku ni. OMG I can't belive that I just blew balloons! Aku ni paling takut kalau kawan2 main lastik getah la, nak bukak ikat bungkus nasi la... Haha same goes to balloon. Kalau dia pecah aku memang rasa berdebar. Over kan? Hmm tapi nak buat macam mana, papa punya pasal 5 belon aku berjaya tiup. Hahaha and sungguh geram dengan Baby, dia tiup 1 belon je. Tapi okay la sebab dia drive kan. Ahaks =)

Kat VS pulak lagi kelakar. Acara komplot dengan pekerja kat sana. They asked us to book for the night but I told them I can't. Cause my dad will notice about it. I just want them to deliver the cake while we eat. So many funny things with the staffs that I don't know how to express here. Diorang suruh pick a table - My sis said "Cannot. Papa saya will pick by himself. It's a surprise for him. We don't want him to expect a thing"

Then bila diorang dah faham the concept is, kitorang balik.

Kakak suddenly called time kami menempuh jam MRR2. Dengggg, memang gabra habis la kan takut plan tak jadi. Kakak said dia dengan papa dah sampai rumah. Bila balik kami semua cepat2 get dress and do simple make up. Till this moment, papa tak hidu our plan. 

Papa tanya "Adik ngan Baby pergi mana?"

"Err... Ampang Point!" both of us. *hahaha sorry papa, tipu sunat*


Tadaaa..... Sampai VS, macam biasa... Masuk, duduk & order. Senyum2 kat staff tu biasa la kan. Haha everybody knows the plan. =)


Mixed grill - Our fav la kot sebab kami selalu share food haha (Me and Baby)


Food orang lain macam... saya tak ambil gambar pun. HAHA stick to original plan. Kami bertiga berdebar-debar tunggu saat tu. Tak sabar nak tengok papa's reaction!

Tiba2 bunyi orang nyanyi lagu Happy Birthday. OMG ingatkan untuk papa, rupanya orang meja lain. Hahaha Baby dah sepak2 kaki aku. Apa benda la, lagi buat aku berdebar2. Hmm aptb. Pffttt
Semua orang tepuk tangan so do us. Then the funny part is papa said "Okay tepuk tangan lah untuk birthday dia"

Dia tak tahu lepas ni dia punya! Hahahaha

Bila dah makan halfway, kami bagi signal kat Azad (the person in-charge). And.........





He was over the moon =)
* Tengok la belon I tiup... Pheww*




Lastly, Papa picked the same table we used to dine in with the same people arrangement. Huhu




"I still feel like a little child when I look into your eyes. 
If I can be even half of the person you are, I will consider myself to
be an extraordinary human being. Thanks for showing me the way, papa."
Happy birthday.