Wednesday, 8 April 2015

Bangkok (Feb 2015)

Assalamualaikum & hello,

So kali ni jom kita ke Bangkok, yeayyy... Passport dah renew ke semua? Pssttt... yes, masa papa cakap we're going to Bangkok, I've that problem. Small matter je kan but boleh jadi reminder to all of you guys too. Dah namanya expired, I pun pergi la Jabatan Imigresen dengan papa. Tapi tak boleh renew sebab i/c kanak-kanak. Agak leceh sebab kena pergi buat i/c baru dulu kat JPN baru boleh proceed dengan passport. Sape yang belum renew i/c tu, bawak2 la bertobat. Haha. RENEW k. RM10 je.

p/s Kpd yang stay area Ampang, boleh pergi ke UTC Keramat Mall. Serious cakap, orang tak ramai pun. 

Our short trip this time memang short. 3 days 2 nights. The themeS of this vacation were shop till drop, eat till vomit & sleep like a log. Wahaha heaven dowh! We all fly dengan Air Asia from klia2 and arrived at Don Mueang International Airport Bangkok. Nahh, sesat pulak. Kenapa sampai airport ni? Bukan BKK??? Hotel yang di-booked tu kat airport Suvarnabhumi. Tapi apa-apa pun, kami tetap excited. Tak caye? Sila lihat dibawah. Muahaha

Papa-Me-Kakak-Baby

Disebabkan hotel nun jauh disana, kami pun naik cab for about 1 hour. Kecek klate boh dreba cab tu. Haha so banyak jugak la boleh gali info. Siap belajar lagi haa basic Thai. 

Sawa dee kha - selamat sejahtera (kalau laki cakap "khab", perempuan "kha")
Sabai di mai? - apa khabar?
Khob khun kha - terima kasih, mcm biasa "kha" merujuk pada penutur perempuan

Ahh rajin pulak I nak list kat sini kan. Haha korang boleh Google sendiri kan. Dai mai dai mai? =)

Sampai kat hotel, terus check in la kan nak buat apa lagi. Haha *lawakhambar* disitu. I jenis yang suka ambik gambar entah apa-apa. Masuk je bilik I terus ambik gambar. Haha kakak I dah macam "Mu ni bakpo dik ambik gambar toilet?" I pulak jenis yang #mudahterhibur lawaknya rasa soalan dia. Hmmm for me penting ambil gambar hotel adalah untuk review. Nanti kalau orang lain nak g Bangkok  I can recommend. Right? 

Novotel Bangkok Suvarnabhumi Airport - hotel ni sebelah airport Suvarnabhumi BKK. Boleh jalan kaki je dari airport tu. And diaorg ni connect dengan LRT. So kenapa book hotel ni bagus? Sebab boleh jalan-jalan naik train. #nampakdak permainannya disitu 

Novotel Bangkok

So, here I have pictures of our two-connecting rooms

Room 1 King-sized bed

Room 2 Two single-sized bed



Ni gambar toilet yang kakak I marah I ambil gambar. Nak upload jugak, tak kira!



Lepas siap I ambik gambar, kitorang pun keluar gi makan (bunyi macam professional photographer tak? weee) Serious cakap, makanan halal tak mudah nak dapat. Kitorang makan kat Food Zone stesen LRT tu. Tomyam Seafood sebab seafood takyah sembelih. Muahaha semua orang tahu kot. Okay sedap la kan sebab Thai punya masakan kot. Hehe


Terkesima tengok jenis-jenis cendol dia. Perghhh apalagi, terus ambil gambar. Haha ada try tapi lupa nama dia sebab ada lebih 10 jenis desserts diorang boleh buat guna benda2 ni. Maunya nak ingat semua :'(

Okay, tengok buah-buahan dia pun boleh terkesima jugak. Cantiknya buah-buahan dia. Manis lain macam. Sedapnyaaaa emmm *telan airliur ke kak? =)

Phat Thai (macam kuey tiaw goreng gituh kot)

Bila perut masing-masing dah kenyang, terus start perjalanan first kami, naik train dari Suvarnabhumi ke Ratchaprarop. (Korang mengeja ke tu?) Suvarnabhumi tu ejaan je ada 'i' kat belakang, tapi sebutan Su-varna-phum. Jangan lupa lembutkan nada untuk menyebutnya. Kat Ratchaprarop ada Platinum Mall and kat area ni banyak kedai tepi jalan gitu jual macam-macam benda. Makanan, baju, bag, kasut, gadget-gadget murah, and tak lupa kepada kedai urut (orang panggil kedai ke?) / spa urut? massage? Pape jela tapi memang banyak kedai urut which lies next to each other. Kitorang semua mengurut kat satu kedai ni, best. Sebab nak pakai wifi. Pffttt....

Kami 3 beradik takkan terpisah hahaha lols sangat k

Papa masuk papa masuk, terus jadi gini. Apa kakak ngan adik I cuba nak buat? I really have no idea. Bila tengok balik gambar yang di-snap snap ni, hmm memang kelakar. 

Kebetulan masa kitorg kat sana, Chinese New Year dah nak dekat and jatuh pada Valentine's Day. Memang ada Food Fiest la kat depan Platinum Mall tu. Makanan dia? Perghhhhh layan gambar2 ni zasss

Ice-cream tanduk? O.o

59 baht khaaa
(video dia buat ice-cream ni ada dalam instagram my lil sis @malinhishamuddin)

Telur sotong goreng berserta air lada 

Tapau papa jangan tak tapau. Papa really loves this. 

Okay lepas siap shopping kat Platinum Mall & makan-makan segala makneka ni, kitorang pergi massageee. Konon penat la jalan-jalan. Pffftttt lepas tu balik naik train and zzzzzzzzzzzzzzzz.

Second day, after breakfast roti canai cicah kari ayam kat tempat yang sama macam semalam, kitorang naik train lagi ke *takingatnama* sobs. Kat area Chatuchak Market. Okay kepada sesiapa yang nak gi Bangkok, sila google tempat ni and please pergi. It's 10 times bigger than Masjid India. I? Makan....

Nenas bukan sebarang nenas. Sedap sangat. Manis, sejuk, pedas. Arghh menitik air liur!

Kelapa aiskrim pun sedap. Gila la marketing orang sini. Perghh

Kerabu Maggi (serious cakap, this is the best kerabu I've ever had - walaupun kat Kelantan dah dapat yang sedap di kedai Siam, tapi ini luar biasaaaa!!!)

Okay, rasa macam dah malas menulis. Penat dah seminggu peram post ni. Lepas Chatuchak Market, kitorang naik tuk tuk ke Siam Paragon. Best!

Victory Monument - sempat snap gambar dalam train :-)

Baby

Kakak

Last dinner there...

Tomyam Kung, butter prawn, egg with oyster, sayur


Yummeh

Pagi esoknya, shopping lagi sikit for the last time area Platinum Mall and makan-makan.

Ready to go to Don Mueang Airport...


Goodbye Bangkok. I had a great vacay with my family there. Muah




Love,
Ina...


Sunday, 29 March 2015

Langkawi (Jan 2015)

Assalamualaikum & hello guysss


Seperti yang dijanjikan, dengan rajinnya di sini I will update serba sedikit about my vacation with friends to Langkawi Island. Kot kot lepas ni korang pun nak plan #vacationbajet seperti kami ni pun sangatlah dialu-alukan. Ikut kemampuan masing-masing lah yedok?

So, lepas habis final exam sem 5 itu hari, I straight fly ke hometown sebab banjir. Rumah I masuk air paras pinggang. 3/4 barang dalam rumah total lost. Yang tinggal hanyalah barang yang boleh dibasuh i.e. kain baju & pinggan mangkuk. Apa-apa pun, I still bersyukur sebab keluarga semua sihat elok, rumah pun tak hanyut. Ada duk tang tu jugak. Orang lain kena teruk lagi, besides, nak salahkan siapa kan?

Okay menyimpang jauh dah ni. I pun balik KL tak lama lepas tu sekali dengan papa & kakak. Balik sana awal sikit lah sebab kakak dah nak start practical.

Pada hari kejadian, I ambil flight dari Subang (SZB) --> Langkawi (LGK) Fireflyz dengan harga RM29. Balik pun sama, I ambil Fireflyz Langkawi (LGK) --> Subang (SZB) RM29. Total harga flight two-way RM58. Plus, 40kg free luggage for Fireflyz. Lumayan bukan? =) HAHA dah dah, tak payah marah I. I book awal tau. Korang pun kalau dah plan tu, usha-usha lah selalu harga tiket kapal terbang. Kadang-kadang, lagi murah dari tambang naik bas + feri + teksi bagai. Kan?

2 kawan cantikku, Mimi & Wina ambil flight dari Kota Bharu (KBR) --> Langkawi <LGK) Malindo Air. I don't remember the actual prices, tapi dia macam lebih kurang harga tiket I je.

Okay next. Accommodation?

We've booked hotel online using Booking.com . After having some discussion through WhatsApp group, we've decided to stay at T Star Cottage near Pantai Chenang. Korang boleh google about this cottage. It's very near to Underwater World, LGK International Airport, and so on lah. Oh about price! RM55/night. Haa very cheap kan? We stayed for 3 nights and sebab kitorang bertiga, extra charge for the 3rd person RM20/night. Korang take note ya... Yang lain semua okay. Very nice and calm place. Tak bising langsung and yang stay sana pun banyak tourist. Satu lagi kat sana ada banyak monkeys atau seangkatan dengannya. Dorang (monkeys) takdelah berlegar-legar sangat kat tempat kita duduk. Just kena careful lagi-lagi bila kita holding something in plastics. Dorang pantang tengok makanan. Well, kat area mana-mana ada monkeys pun sama je kan? They are brilliant told ya. =)

Me & T Star Cottage

Mimi & me. In front of each house ada kolam ikan

Ni biliknya taraaaaa... Sorry la asyik aku je jadi model. Wina punya pasal lah ni (^_^)



Transport?

K. Wina ada uncle kat Kedah and the uncle ada run business kereta sewa. Kitorang pun apa lagi. Dapat kereta Nissan Sentra Auto RM60/day. Jalan raya dia takde susah sangat. Waze, Google Map, Garmin... Hah pakai la apa pun apps yang korang ada. Kitorang pakai Waze and alhamdullilah, every location kami sampai dengan selamatnya.

Where to visit?

Hmm, okay. Pasal ni memang banyak tempat actually boleh pergi. Lagi-lagi dengan member. Kitorang pergi Cable Car, Underwater World, pekena Laksa Power, and Island Hopping. Tak banyak pun tempat kami lawat sebab this is not the first time for 3 of us. But nevermind, I can possibly list down some of the nice places MUST visit there. Teehee

- Cable Car
- Underwater World
- Makam Mahsuri
- Dataran Lang
- Telaga Tujuh
- Beras Terbakar
- Kilang Gamat Seri Nusantara
- Hj Ismail Group at Kuah
- Idaman Suri

Entrance fee for : -

Cable Car RM25
Underwater World RM24 (by presenting your matric card, if not RM30)
Island Hopping RM35

Cable Car tu tosah cerita la kan semua orang tahu masuk dalam tu pastu yang gayat buat muka panic + takut. Sampai kat Skybridge tu turun la jalan-jalan sat. ada 2 stations. Bila dah boring tu bawak-bawak la ingat nak turun. HAHA. p/s jangan lupa makan dulu kalau tak lapar berpanjangan.

Underwater World dia terbaik. Bagi aku la... HAHA semangat aquatic sangat. Tapi serious ah, ikan diorang besar-besar, starfish yang real duk melekat kat cermin korang boleh nampak macam mana structures dia boleh stuck kat cermin, sea urchin pun nampak duk gerak-gerak (ini boleh mendatangkan geli to some people), seals, birds, fish (eh dah cakap ke?) haa macam tu la gamaknya. Bukan nak compare dengan Zoo Negara, tapi memang aquatic life better kat sana. Kena lah dengan nama dia yedok?

Island Hopping is an activity where you need to hopping between the 3 islands. HAHA takdelah. Korang naik bot dulu. Pastu dia ada 3 islands/places la kononya. The first one diorang akan bawak korang ke Tasik Dayang Bunting for an hour. Boleh mandi boleh buat apa yang korang suka. Lepas tu naik bot yang sama tadi (dorang suruh kita ingat nombor bot) pergi ke tempat kedua iaitu bagi burung helang makan. Best! Sebab nampak burung helang yang besar tu live depan mata. Diorang tak sambar kita jangan risau. Boatman bila dah siap tabur2 makanan dia terus kayuh jauh-jauh sikit. Pheww... Okay last one adalah Pantai Beras Basah. Lepak lah korang kat sana selama 1 jam. p/s tak payah la nak snorkeling bagai kat situ. Honest review k. Haha tapi kalau korang nak jugak apakan daya. Visibility poor

Island Hopping punya activity ni, dengan mana-mana agent pun sama je time dia.
Sesi 1 : 10 pagi - 2 petang
Sesi 2 : 2 petang - 6 petang
p/s pastikan makan dulu HAHA

Okay lah, itu je kot serba sedikit info pasal trip I ke Langkawi. Anything boleh drop comment je taw?

Kalau sampai sana jangan lupa singgah pekena Laksa Power tepi airport k? Sungguh tak menyesal rasa makan kat situ. And kalau korang tengah makan tu jangan lupa tapaukan kat I pulak ye. Muahaha. Sibuk jew. Hmm k lah. TERpanjang pulak.

Happy holiday uolls. HAHAHA mine dah over. Lusa start class weh. Tata

Love,
Ina




Checkpoint 2 at Langkawi Cable Car with Mimi and Wina <3


p/s Thank you guys for this trip. I'm looking for the next trip with you guysss


Sunday, 15 March 2015

The 5th sem break

Assalamualaikum & Hello all,


My 6th semester will be started on 23rd Feb which is the day after tomorrow! I've prepared myself for my final year project and final sem. Tapi tiba-tiba semalam iolls demam. Hmm, shushh shushh demam. I need to see my supervisor with a great health! HAHA

So ceritanya? About sem break!

I chose to travel with my friends during this semester break. Just like previously, I've been travelled with Mimi to Perak during 4th semester break. So again. Mimi called for another backpack trip. It's Langkawi Island, Kedah. But this time, we have Wina together with us. Our trip became more exciting as the saying goes 'the more the merrier"

I'll update a new post on Langkawi Island trip. Stay tuned jangan marah haa


The next place I visited during my semester break was Penang.

Thinking of Fifa, one of my bestfriend during matriculation. She's a good traveller. I always count on her whenever we hang out together. I asked her for Penang and she said YES. OMG, I was really happy that time because the last time I went to Penang was - 5 years old. What can I remember at that age guys? Of course I need a new memory! HAHA


I really have to come back to Sarawak early since my final year project is going on, I need to check and prepare my fish scales for further analysis. Papa has changed my original plan since he has already booked our flight tickets to Bangkok, Thailand. Bangkok penutup kepada cuti semester saya :'( Sedihnya ayat. Kan? Haha


The next day lepas balik from Bangkok, saya balik Sarawak. Right now, in lab, updating this blog. LOL. Well, I'm waiting for my sisik ikan to be masak ranum crunchy in the oven. It's almost 4pm. Okay lah, sisik dah masak.

Will update more on Langkawi, Penang, Bangkok and sisik ikan? Eh... thank you for wasting your time here.

Love,
Ina


Teaser ;-)


Friday, 20 February 2015

About me

Assalamualaikum & hello readers...,


So, today I've decided to create a publish blog about my life. I don't know why, maybe I'm bored enough HAHA

I'd like to tell a lil bit about myself since this is my very first post (with 0 follower) HAHA. Here we go.

I'm Nur Inani binti Hishamuddin  People usually call me Ina, Nani, Inani, Dik Aning and Adik. Well, I prefer Ina because it's short and easier to remember. You may call me whatever names, seriously, I'm fine with that. I was born in 1993 in Kelantan.

I went to all girls school in Kelantan for 11 years (primary and secondary school). After finished my SPM, I went to Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) for a year and now, I'm currently at Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). I'm doing my Bachelor Degree in Aquatic Resource Science and Management. I really hope to graduate by the end of this year, insyaAllah.

Besides papa and mama, I've 2 sisters which are elder sis and younger sis - I called them kakak and baby, respectively. My family is not a complete family if mek (my dad's mother) is not around. We're overly attached granddaughters maybe because mek is always staying in our house since we were young. I love my family so much. I know I'll need them till the stars all burst away, and they'll be there.

I think that's all basic story about my life. Will update more and please follow me. Haha thank you. Ohya, you may drop your comments below (if you have any) Nice knowing ya. Tata

Love,
Ina