Saturday 21 November 2015

Graduation Day (Nov 2015)


Assalamualaikum & hello fellas,

Lama I tak update blog kan. Korang sihat ke? I knew some of you waiting for my blog post yang tak best ni, sorry... It's either I takde masa, I malas or line internet I slow. Hiks ;-)

So, lets go back to Nov 2015 yang mana dah ter-rekod hari bersejarah I. Apparently, I tahu dah this graduation ceremony will be my first and last. I masuk matriculation for a year right after SPM, and after few months I buat bachelor degree kat UNIMAS. Anddddddd for sure I tak nak dah sambung Master, PhD ;-0

Trillion of thanks to my family whom coming to my university just to see I'm on the stage especially papa, mama and mek. I tak tahu nak express gratitude macam mana. Tapi just imagine my family semua datang Sarawak 2 hari, tengok I yang dorang selalu tengok dah, gave me lots of flowers then fly back. I really appreciate this moment and will never forget it. Promise



I was late on that day! It's just me and 2 other friends yang lambat. I don't know why maybe sebab I tak tahu nak plan time carefully. Biasanya rumah sewa I dekat je ngan uni tapi that time I stay rumah cousin I kat Kuching sana. 




I still remember the journey. Exactly. Umur 18 tahun I terpisah dari keluarga, pergi ke Melaka (tempat yang I takde kenalan pun) belajar dan membesar. Masa tu I tak tahu macam mana nak beli tiket bas express, I tak tahu macam mana nak boarding flight alone, I tak tahu cara nak cari and naik bas, I tak tahu banyak benda. Terlalu banyak sampai kawan2 I gelakkan I. 

I belajar. Setahun kat Melaka, struggle gila punya gila dengan my studies. Sampai la I tahu dah macam mana nak beli tiket bas. I takde hal nak boarding flight sorang, beli tiket flight online, nak cari bas kita yang mana, turun kat mana apa semua. I bangga dengan diri I masa tu, serious =) HAHAHA

Umur 19, 2012, I merantau ke tempat yang lebih jauh selama 3 tahun. Sarawak Bumi Kenyalang. Masa tu uncle I ada kat IPK Sarawak tapi I tak pernah pun jumpa dia kat sana. So ibaratnya sebatang kara lah I di bumi Sarawak. Mula2 I dapat offer ke UNIMAS, papa I tak lepas I pergi. Panjang kisahnya tapi takdir menentukan I masuk 3 minggu lewat dari tarikh asal. Guys, 3 minggu lewat I tak masuk orientasi yang I paling minat. HAHA That time I fly ke Sarawak berdua dengan papa, check in hotel one night (I demam sebab perubahan cuaca), papa terjumpa Vice Chancellor UNIMAS dekat lobby hotel, esoknya I register, masuk kolej, and papa terus fly KL. I terkesima kot.

Apa I buat? I berkenalan dengan semua orang dalam rumah I. Diorang semua sangat baik and I sayang diorang. Hehe I tanya macam2 pasal sistem universiti, sistem kolej and I even read the university guidelines' books! The biggest problem I encountered masa tu adalah housemates I semua bukan course I and the subjects registration was online!!! Nasib baik Allah kenalkan I dengan seorang hambaNya ni few months before masuk uni, dia banyak tolong I. Malam tu jugak I keluar dari bilik sorang2, pergi ke Student Pavillion yang I sendiri tak tahu kat mana untuk jumpa kawan I ni. Boleh tahan jauh and I tanya orang sepanjang perjalanan I mana Student Pavillion! Thanks to you Quya for helping me registered the courses online and throughout the semester. I'll never forget!

Sem 1-Sem 6, macam2 benda berlaku macam2 pengalaman I timba. Cerita 3 tahun yang akan sentiasa mekar dalam hati I. Class, lab, fieldtrip, hangout, lecturers, classmates, housemates, roommates, rumah2 sewa, kereta yang papa pos, jiran2 yang I sayang, raya haji, miss flight. Argh macam2. Kalau I cerita memang boring. HAHA k bye.

Time I study abroad ni (lah sangat) papa I dah berhijrah ke KL. Ada satu masa I balik ke KL dari Sarawak untuk cuti semester, papa I takleh fetch kat airport sebab dia main golf. Papa ajar I balik naik KLIA Ekspress dari airport ke KL Sentral. Dari KL Sentral beli tiket LRT sampai stesen dekat dengan rumah. Guys, I orang Kelantan. I membesar dekat kampung je. Mana ada LRT bagai. I pernah naik dengan cousin tapi I tak tahu cara macam mana. Masa tulah I jadi manusia yang rajin bertanya, semua orang I jumpa I tegur, I tanya, I gilap soft skill I kat situ. I borak dengan  macam2 orang, macam2 warganegara. I belasah je. Hasilnya? Sekarang campaklah I kat mana2 you suka... InsyaAllah I'll survive excellently (pergh riak ni kan?) tapi serious I bangga dengan pencapaian I yang ni. Perempuan yang selalu keseorangan. HAHA bukan apa I tak suka nak balik ngan member ramai2. I tak suka menunggu orang. I jalan nak cepat je. I nak makan I masuk je mana2. Banyak2 masalah I serabut. So disebabkan itu most of the time, I fly sorang diri. And I learnt a lot! I have many friends yang sampai sekarang I contact hasil jumpa dalam flight :') Makcik, pakcik, Dato, Datin, abang2, kakak2, adik2... phewww 

I memang hidup sendiri kat sana. I sewa rumah, I random je pilih roommate, I masak, I drive alone everyday, I drive alone pukul 2-3 pagi balik dari library, I tengok orang kena ragut, I hantar kawan2 balik rumah. I culik kawan2 I ajak g McD 24hrs. HAHA priceless... Hah, tuptup... I dah boleh grad within 3 years! Alhamdulillah, syukur ya Allah.



My handsome papa - I owe you a lot! Thanks for everything.
I love you so much
(My sister curi2 took the pic while the official photographer shoot for formal one)



My beautiful mama. I love you <3



I love fresh flowers! Thank you semuaaaa <3



Ni junior2 I yang I paling sayang. Akim & his girlfriend.
Thanks for the bouquet. I pray you guys cepat kahwin. Amin :-)


Lepas balik dari UNIMAS, I photoshoot lagi kat rumah cousin I. 
Love you papa. Adik won't be here without you.



And then, I usik my grandma, Mek. I asked her to wear this, hold like this and bla3.
Dia marah I but I know she was happy... <3


p/s I dah dapat official pictures. Nanti ada masa I share kat sini. Have a nice day everyone. May Allah bless all of you. Thanks for reading.

XOXO,
Ina



No comments: